Skip to main content

Kisah Wan Malini | Ibu bapa Adalah Benteng Dan Keramat Hidup Anak-Anak

By August 23, 2017August 28th, 2017Kehidupan, Kisah Inspirasi, Wanita

Wan Malini Binti Idris merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari Putrajaya. Walaupun usia beliau baru sahaja mencecah 24 tahun, beliau sudah pun memiliki sebuah syarikat yang diberi nama Malini Idris Enterprise di mana beliau juga merupakan Chief Operating Officer bagi syarikat milik beliau tersebut.

Cik Wan Malini mula menyertai ESQ pada tahun 2008 dan merupakan angkatan Teens 8 yang sekarang ini lebih dikenali sebagai “Future Leaders”. Kata beliau, sewaktu menyertai angkatan Teens 8 sembilan tahun yang lepas, impaknya dapat dirasai sehingga kini. Katanya lagi, Pak Ridhwan yang merupakan pelatih seminarESQ pada waktu itu, menceritakan kepentingan cara layanan terhadap ibu dan bapa, bagaimana cara untuk hormat orang tua di mana kata Pak Ridhwan, ibu bapa adalah benteng dan juga keramat hidup dalam kehidupan anak-anak.

Selain itu, penekanan terhadap solat, rukun iman dan rukun Islam juga sangat ditekankan dalam seminar ini. Beliau mengakui pernah diajar ilmu ini sewaktu di sekolah rendah tetapi tidak diamalkan olehnya sepenuhnya. Baginya, pelatih-pelatih ESQ 165 mengingatkan semula ilmu yang penting untuk diamalkan dalam kehidupan supaya hidup mempunyai benteng yang lebih kuat. tambahan Cik Wan Malini lagi, tanpa benteng yang kuat dalam kehidupan, nescaya kita akan hancur dan lalai dalam kehidupan.

Selain itu, Cik Wan Malini menceritakan Pak Ary Ginanjar Agustian mengajar beliau untuk mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup kerana tanpa matlamat yang jelas, kita boleh tersalah arah dan menyimpang daripada perjuangan dan misi hidup sebagai seorang khalifa Allah di atas muka bumi ini.

Akhirnya, beliau berharap agar semua orang muda yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti untuk turut serta dalam program cuti sekolah iaitu seminar “ESQ Future Leaders” supaya dapat membantu untuk mencari hala tuju hidup selepas melangkah keluar dari dunia universiti.

Leave a Reply