Skip to main content

Kisah Siti Zaleha | Terdetik Hati Kerana Kagum Lihat Penganut Kristian Peluk Islam

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi

Nama saya Siti Zaleha Ramli. Saya seorang ibu tunggal. Saya menghadiri ESQ Basic Building ini pada tahun 2011. Terdetik hati saya untuk mengikuti program yang di anjurkan oleh ESQ ini kerana berasa kagum melihat dua orang yang penganut Kristian telah memeluk Islam setelah hadir ke seminar ESQ yang dibawa oleh sahabat saya, nama timbangannya Kak Lili. Dua orang mualaf itu selepas seminggu bersyahadah telah menceritakan tentang kebesaran Allah.

Pada ketika itu, saya berasa hairan tentang apa itu ESQ? Dan saya merasakan mesti ada sesuatu di dalam seminar anjuran ESQ ini. Ketika saya hendak membuat keputusan untuk mengikuti seminar anjuran ESQ ini saya tidak dapat tidur malam. Keesokkan pagi harinya, saya terus menelifon Kak Lili untuk bantu saya mendaftarkan nama saya untuk mengikuti seminar anjuran ESQ itu. Sebelum ini saya sayang duit, kerana saya ibu tunggal tidak berkerja jadi duit yang ada itu saya berjimat cermat menggunakkannya. Tetapi bila saya tengok kelebihan dua orang mualaf itu membuatkan saya merasa membuak-buak untuk menyertai seminar anjuran ESQ itu. Alhamdulillah syukur setelah saya join dengan membawa anak saya yang sulung, memang sangat baik kesannya.

Apa yang telah saya pelajari, saya mengenali lebih tentang diri sendiri dan mengetahui kenapa Allah hidupkan kita di dunia. Sebenarnya Allah jadikan kita ini khalifah. Khalifah itu apa dia kita kena faham, setiap kali saya menghadiri seminar anjuran ESQ ini,  satu per satu ilmu saya dapat dan kita sebenarnya di suruh berdakwah, di suruh berkerja pada tawaf saie, berjalan, bukan kita dah balik kita duduk tikar sembahyang kita sembahyang solat witir bukan itu.

Kita sebenarnya kena bergerak dan mengajak orang kepada kebaikan mudahan apa yang kita ajak walaupun sebesar zarah kebaikan kita Allah akan membalasnya. Setiap yang berlaku semua telah diaturkan oleh Allah. Bila saya masuk join ini, saya merasakan bahagia. Air mata yang keluar itu air mata bahagia. Saya sangat bahagia bila setiap kali saya datang. Setiap kali ada saya tidak ketinggalan, saya mesti datang sepanjang 6 tahun ini. Dan 6 tahun itulah saya datang dengan izin Allah, saya seorang diri memandu sendiri.

Ketika sepanjang tempoh 6 tahun saya mengikut seminar anjuran ESQ ini, dengan asbab Allah sebenarnya sayang dekat kita Dia datangkan penyakit kepada saya. Bermacam-macam produk saya telah mencuba namun belum jumpa penawarnya. Alhamdulillah dengan asbab satu produk Allah telah kirim dekat saya, saya memakan ubat tersebut semakin bagus kesannnya. Semasa saya memakan ubat tersebut saya hanya berserah pada Allah. Setelah saya merasakan kesan ubat tersebut semakin bagus, saya kongsi dengan orang lain tentang kebaikan ubat tersebut dan apa sahaja ilmu yang saya ada saya kongsi dengan orang lain. Dengan izin Allah, Alhamdulillah  berkat perkongsian produk mendatangkan pendapatan kepada saya. Setelah itu, pendapatan itu saya merasakan itu amanah Allah kepada saya. Kemudian ketika itu sebelum saya mula kenal ESQ, saya ingat Dato Hisyammuddin mengatakan niatnya hendak menubuhkan rumah megaji dan ketika itu, saya dah pegang “Ya Allah, saya salah seorang hendak buka rumah megaji” tetapi masa itu saya tidak ada apa-apa pendapatan. Saya terus menetus berdoa pada Allah. Dengan pendapatan saya berniaga produk tersebut, saya sudah mempunyai duit.

Alhamdulillah saya telah membuka rumah megaji. Disitu Alhamdulillah ramai yang datang hendak belajar, orang tua-tua yang tidak kenal huruf pun ada turut hadirkan diri ke kelas megaji saya. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membantu mengajar al-Quran kepada orang lain. Dengan asbab apa saya dapat pelajari daripada seminar anjuran ESQ ini menjadikan seorang yang lebih baik dan saya mahu mengajak orang menjadi lebih baik.

Akhir sekali, harapan saya pada semua diluar sana, kalau boleh sertailah seminat anjuran ESQ ini. Tidak perlu terlampau sayang duit sebab duit ini kalau kita sayang, duit akan habis. Jikalau kita sayang harta pula, harta akan habis. Tetapi ilmu ini kita sayang dengan niat kerana Allah dan Rasulullah itulah yang kita bawa di padang masyar. – Siti Zaleha Ramli, ibu tunggal.

Leave a Reply