Skip to main content

Kisah Siti Hajar | Alami Masalah Tekanan, Kini Lebih Tenang Hadapi Cabaran

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi

Assalamualaikum W.B.T.  Nama saya Siti Hajar Abdullah. Saya bekerja di syarikat Beyond Publication Sdn. Bhd. dan saya melakukan bisnes penerbitan buku.  Pada tahun 2017 ini, saya telah berpeluang untuk menyertai program ESQ  165 “Character Building” yang pertama bersama Angkatan Ke-100.

Saya mula berminat untuk menyertai program anjuran ESQ ini adalah disebabkan oleh galakan daripada rakan-rakan saya sendiri yang telah pun menyertai program ESQ  sebelum ini. Pada ketika itu, saya sedang mengalami satu situasi yang agak memberikan tekanan dan konflik didalam hidup saya yang  dengan bisnes saya. Saya mengalami masalah tekanan selama lebih kurang 2 bulan dan saya mencari-cari jalan untuk keluar daripada masalah yang saya hadapi ini. Disebabkan itulah saya hadir ke ESQ “Character Buiding” yang pertama.

Sepanjang menjalani program ini, pelbagai ilmu yang saya perolehi dan member manfaat dalam diri saya. Perkara utama yang dittikberatkan di dalam program ESQ “Character Building” ini adalah “The Ultimate Principal” iaitu kembali kepada jalan Allah S.W.T. Apa-apa sahaja perkara yang kita lakukan semuanya akan balik kepada Allah. Setelah menyertai program ini, saya menemui jalan untuk pulang semula kepada Allah dan untuk kenal siapa sebenarnya Allah dan juga Rasul.

Antara kesan yang saya telah peroleh apabila pulang daripada ESQ adalah impak positif kepada saya dan juga ” team” saya sendiri. Setelah pulang, saya menceritakan pengalaman yang saya dapat daripada ESQ dan saya terapkan “Culture” iaitu “Spiritual Performance” dalam kalangan rakan sekerja saya.  Iaitu dalam tiga kali seminggu saya wajibkan kepada “team” untuk solat Dhuha, melakukan Asma-Ul-Husna dan juga solat jemaah bersama-sama. Alhamdulillah, impak daripada menerapkan budaya tersebut kepada “team”, ialah  mereka lembut hati untuk ikut melakukannya. Kehidupan saya dan juga” team” saya menjadi lebih tenang selepas itu.  Segala permasalahan berkaitan bisnes yang timbul selepas itu masih lagi boleh dikawal dengan baik dan kami lebih tenang dalam menghadapi sesuatu perkara.

“Harapan dan pesanan saya kepada orang diluar sana yang masih belum menyertai seminar ataupun program ESQ ini, datanglah ke ESQ untuk merasai sendiri pengalaman “Spiritual Journey”. Perjalanan mencari semula jalan pulang kembali kepada Allah. Saya tidak mampu menggambarkan apa yang telah saya alami sepanjang menyertai program “Character Building” ini, melainkan hanya dapat menyarankan kepada anda untuk merasai sendiri pengalaman tersebut. Itulah nikmat yang tidak terkata saya kira. Datanglah ke ESQ dan anda akan menemui apa jawapannya”.– Siti Hajar Abdullah,business women.

Leave a Reply