Skip to main content

Kisah Rina Salleh | Mulanya Kerana Ajakan Rakan, Kemudian Beliau Merasakan ‘Sesuatu’

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi, Tokoh Inspirasi, Wanita

Bismillahirramanirrahim, Assalammualaikum, saya Rina Salleh merupakan pengarah bagi Rina Salleh Clothing. Saya telah menyertai ESQ Grand Event, pada bulan April 2017. Saya menyertai ESQ ini dengan ajakan rakan saya. Pada mulanya saya tidak memahami, apa itu ESQ, pada saya ESQ ini adalah satu seminar yang memberi motivasi kepada orang dan saya rasa, mengapa tidak? saya join program anjuran ESQ ini. Ianya untuk mendapatkan ilmu dan saya pergi kerana saya tahu ilmu itu luas.

Apabila menyertai ESQ ini, baru saya faham begitu banyak persoalan dan perkara yang kita buat hanya kerana kita sangka kita tahu. Tetapi apabila sudah menyertai ESQ, baru saya tahu sebenarnya kita cuma tahu pada dasar sahaja bukannya dengan lebih mendalam. Apabila menyertai ESQ ini, saya dapat rasakan sendiri, dan memahami rukun-rukun Islam, rukun-rukun Iman, iaitu ESQ 165 yang di amalkan dan disebut sebut di seminar seminar anjuran ESQ.

Selain itu, kita juga benar benar faham solat itu. Sejujurnya, semasa program ESQ ini, ada satu sesi yang membuatkan saya sedar, betapa ruginya kita sebagai manusia yang hidup, sebab kita banyak melihat dunia. Kita tidak memahami bahawa kita sebenarnya makhluk yang sangat mulia, manusia berasal daripada syurga dan kita adalah khalifah yang sebenar – benarnya. Kita sepatutnya gunakan peluang ini untuk kita benar benar menjadi seorang khalifah yang mentadbir dan memakmurkan dunia ini, dan ini sebenarnya adalah amalan -amalan yang kita bawa ke akhirat nanti.

“Pada pendapat saya, sesiapa yang mencari diri, belajar untuk mencari diri ataupun ingin mengenal tuhan. Saya sangat cadangkan anda untuk datang dan alami sendiri apa yang ada dalam ESQ ini. Kerana ianya berbeza apabila kita dengar dan sertai sendiri. Jika ada hukum wajib itu, saya mahu wajibkan orang untuk sertai ESQ ini”. – Rina Salleh, Pengarah Rina Salleh Clothing

 

Leave a Reply