Skip to main content

Kisah Nor Syamsiali | Suka Pendam Kisah Silam Akibatnya Makan Diri

By August 23, 2017August 28th, 2017Kerjaya & Perniagaan, Kisah Inspirasi, Wanita

Nor Syamsiali Binti Osman berasal dari Johor Bahru dan bekerja di Sanrio Hello Kitty Town di Puteri Harbour, Nusajaya. Beliau mula menyertai program anjuran ESQ iaitu program Women Heart’s Journey (WHJ), pada 22 April 2017. Beliau pada mulanya diajak oleh sahabat baiknya untuk sama-sama merasai pengalaman menyertai seminar WHJ dan berkongsi manfaat serta ilmu dari program anjuran ESQ tersebut.

Katanya, ia sangat bersyukur kerana diperkenalkan  dengan seminar WHJ ini kerana beliau merasakan perubahan dalam dirinya di mana dahulunya sebagai seorang wanita, beliau suka memendam sesuatu di dalam hati serta tidak mahu melupakan kisah-kisah silam. Namun, setelah menghadiri program ini, beliau kini sudah dapat melepaskan perkara-perkara yang tidak disukai dan juga sudah mampu berdamai dengan masa lalu.

Tambahannya lagi, beliau kini menanam azam untuk “embrace the future” dan sentiasa meletakkan rasa syukur dengan segala apa yang dihadapi.  Beliau menyertai program ini dengan tujuan ingin memperbaiki dan mencari diri sendiri dan kesan yang diterima pada dirinya dikatakan cukup besar.

Katanya lagi, setelah menyertai program WHJ ini, dirinya kini lebih banyak bersabar, sentiasa muhasabah diri, bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan dan juga dapat melupakan masa silam serta dendam yang terpendam di dalam hati. Selain itu, beliau juga menggunakan peluang yang ada dengan mencari lebih ramai kawan dan kenalan untuk menambahkan “networking” sepanjang menyertai seminar WHJ ini.

Beliau menyeru kepada semua wanita-wanita di luar sana untuk turut sama menyertai seminar wajib hadir ini iaitu seminar WHJ serta pelbagai lagi program-program latihan ESQ Training kerana ianya sangat bermanfaat pada diri, keluarga dan boleh juga dipraktiskan pada anak-anak buah dalam syarikat sebagai “staff motivation” supaya semua turut sama memperoleh manfaat pada rohani, spiritual dan juga intelektual setiap individu.

Leave a Reply