Encik Muhammad Syazwab Zahir Bin Mohd Tahir merupakan seorang mahasiswa di Universiti Malaya. Beliau terlibat dengan program ESQ character building level 1 pada tahun 2017 bersama Dr. Ary Ginanjar. Sebelum beliau join program ini beliau seorang mahasiswa yang mengambil bidang pengajian Islam dan beliau hanya tahu tentang ilmu Islam tapi tidak mengamalkan.
Kita sedar bahwa kita semua adalah hamba Allah, kita kena lakukan perhambaan kepada Allah. Tetapi beliau sendiri yang belajar kursus al-Quran dan Hadis dan beliau tidak tahu yang bahawa kat di dalam seminar ini pun mengajar benda yang sama tetapi dari segi perpektif yang amat berbeza yang beliau belajar dalam program ini.
Setelah mengikuti seminar ini beliau merasakan bahawa beliau ini memang betul-betul hamba Allah yang sebelum ini beliau hanya mengaku di mulut beliau hamba Allah tetapi dengan menghadir program ini, Ya Allah rasa beliau dapat merasakan ini penghambaan kepada Allah menjunam ke dalam hati beliau. Selain itu, beliau dapat merasakan kekuatan untuk bangun melakukan solat dan qiyamullai.
Kekuatan itu hadir sendiri sebab beliau merasakan, kita ini hamba Allah itulah perkara yang paling mahal bahawa dalam hati kita ini ada rasa kehambaan kepada Allah SWT. Akhir sekali, harapan beliau kepada anda di luar sana supaya dapat turut serta dalam program ini cuba dulu dalam program yang pertama laburkan sikit duit untuk melabur untuk pembangunan diri kita sendiri supaya kita dapat menikmati kehidupan yang amat tak terkata sebagai hamba Allah dan tujuan dan matlamat kita menuju Allah di syurga Allah SWT.