Skip to main content

Kisah Muhammad Faiz | Sertai Program Kerana Terikut-Ikut Kata Orang

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Muhammad Faiz Bin Kamarudin berusia 20 tahun dan merupakan seoran gpelajar di Politeknik Shah Alam di Seksyen 13. Pertama sekali saya menyertai program anjuran ESQ 165 seperti ini adalah ketika saya baru berumur 12 tahun dan baru sahaja habis menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada masa itu, iaitu pada tahun 2009 saya bersama peserta Yayasan Rosmah menyertai program ESQ yang khas dijalankan untuk kanak-kanak iaitu ESQ Kids.

Pada mulanya saya pun tidak tahu apa itu ESQ. Perkara yang menyebabkan saya mengikuti program ESQ Kids pada masa itu adalah kerana terikut-ikut kata orang. Saya mendengar daripada ramai orang bahawa ESQ ini lebih baik untuk diri kita kerana ia dapat menginsafkan dan dapat memotivasikan diri kita.

Setelah saya menyertai program anjuran ESQ ini, pelbagai perkara yang saya dapat pelajari terutamanya dalam mengenali perwatakan dan sikap saya sendiri. Sewaktu saya masih lagi kanak-kanak saya tidak tahu apa sebenarnya tujuan dan matlamat hidup kita didunia ini. Pada waktu itu, kita masih lagi belum mengerti siapa diri kita dan hanya tahu mencari keseronokan bersama kawan dan permainan sahaja. Masih belum mencari dimana hala tuju kita. Tetapi, Alhamdulillah, program ESQ ini banyak memberi kesan kepada diri saya. Selepas UPSR, saya meneruskan pelajaran saya kearah keagamaan dengan memasuki  tahfiz dan saya melihat ramai pelajar yang agak hilang kawalan sebenarnya.

Kesan daripada itu, saya dapat memupuk diri saya kearah akhlak yang lebih baik untuk berdakwah secara spontan dengan pelajar-pelajar tahfiz. Akhir sekali, pesanan dan harapan saya kepada mereka yang masih lagi belum berpeluang menyertai program ESQ 165 ini adalah supaya mereka dapat menyertai ESQ dengan hati yang terbuka dan saya meminta sangat sebelum memasuki ESQ, berdoa’lah agar hidayah terbuka untuknya”. – Muhammad Faiz bin Kamarudin, pelajar.

Leave a Reply