Skip to main content

Kisah Kamal Afandi | Pelaburan Untuk Jadi Seorang Manusia Yang Bahagia

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi

BismillahirRahmanirRahim. Nama saya Kamal Afandi. Saya bekerja di Jabatan Perdana Menteri di bahagian latihan sebagai seorang pelatih dan saya sudah 11 tahun berkhidmat disana. Sebagai seorang pelatih yang telah banyak memberikan latihan dan bimbingan kepada masyarakat diluarsana, saya merasakan bahawa saya juga amat memerlukan sesuatu yang dapat membantu saya meningkatkan diri saya sendiri. Jadi, tujuan saya ingin menghadiri Program Transformasi Perubahan(PTP)  anjuran ESQ ini adalah sebagai satu bentuk pelaburan keatas diri saya sendiri untuk menjadi seorang manusia yang bahagia.

Pada tahun 2016, iaitu pada bulan Disember, saya telah menghadiri  program PTP yang pertama  anjuran  ESQ  165 Malaysia, yang berlangsung selama 3 hari. Sepanjang menjalani program tersebut, pelbagai  ilmu yang telah saya pelajari. Perkara utama yang saya pelajari setelah pulang daripada program tersebut adalah tentang “Prinsip Kebahagiaan” iaitu bagaimana caranya untuk kita hidup bahagia. Program Transformasi Perubahan ini menitikberatkan ideologi “Bersama Mencipta Bahagia” sebagai satu prinsip utama yang perlu dipegang. Saya mengerti sekarang bahawa tidak semua persekitaran ataupun apa yang berada diluar sana itu boleh membuatkan diri saya bahagia. Rupanya rahsia didalam mencari kebahagiaan ini adalah kita sendiri yang perlu membuka dan mencari peluang itu dan ia sebenarnya berkenaan dengan pilihan antara hubungan manusia dengan penciptanya kerana tanpa Tuhan, kehidupan kita tidak bermakna sama sekali.

 

“Impak utama selepas menghadiri program PTP ini ialah saya merasakan sendiri perubahan sifat yang saya alami setelah saya mengerti dan mendalami status sifat manusia ini yang azalinya bersifat kehambaan kepada Tuhannya. Maka, tidak ada perkara-perkara lain diluar sana yang boleh mempengaruhi minda dan hati saya kerana kita tahu apa yang berlaku disana itu hanyalah ujian daripada Allah dan ujian ini terbahagi kepada dua iaitu ujian senang dan ujian susah. Jadi, apabila seseorang manusia itu diberikan ujian senang, maka bersyukurlah dan jika diberikan ujian susah, maka bersabarlah.”

 

Setelah saya sendiri memegang pendekatan ini, maka keluarga saya, isteri saya dan juga anak-anak saya akan dapat melihatnya dan perubahan itu akan dapat dipraktikkan dengan baik. Selain itu, didalam kursus ini juga saya telah pelajari bahawa pemikiran kita ini berkenaan dengan Tuhan. Percakapan kita juga berkenaan dengan bahagia dengan Tuhan begitu juga rasa dan tindakan kita juga berkenaan dengan bagaimana menjadi hamba kepada Tuhan. Kehidupan seseorang manusia itu tidak lengkap tanpa hubungan dengan Tuhannya yang menciptanya dengan sebaik-baik kejadian.

 

 

Akhir kata, pesanan saya kepada mereka diluar sana, saya harap ramailah yang dapat menghadirkan diri ke Program Transformasi Perubahan ini kerana secara jujurnya perubahan itu anda akan dapat mengalaminya didalam program ini.Pelatih-pelatih ESQ juga merupakan mereka yang mahir dan terlatih dan cara penyampaian mereka itu sangat baik dan akan memberikan kesan kepada anda. Maka diluar sana datanglah ke program ESQ ini. “Program ESQ memang MANTAP!”. – Kamal Afandi, pelatih

 

Leave a Reply