Skip to main content

Kisah Dr. Mohd Kegan | Sehebat Manapun Ilmu Bisnes, Hala Tuju Hidup Harus Jelas

By August 23, 2017August 28th, 2017Kerjaya & Perniagaan, Kisah Inspirasi

Dr. Mohd Kegan adalah merupakan seorang usahawan yang berasal dari Putrajaya. Beliau mula mengikuti program yang dianjurkan ESQ 165 sejak tahun 2009 sehingga kini. Beliau merupakan alumni angkatan ke-17 Kuala Lumpur. Hasrat beliau sewaktu pertama kali menghadiri program seminar ESQ ini adalah untuk mengubah hidup agar menjadi lebih baik dari setiap sudut.

Beliau bercita-cita untuk menjadikan bisnesnya lebih baik dengan mengetahui rahsia usahawan berjaya serta menginginkan keluarga yang lebih baik. Beliau juga amat menggemari program yang berbentuk pembangunan diri seperti program-program yang dianjurkan ESQ 165. Katanya, beliau ingin menambah baik dirinya dari semasa ke semasa dari semua segi terutamanya dari segi ilmu. Tambahan beliau, ESQ menawarkan pelbagai ilmu yang sangat bagus untuk meningkatkan potensi diri.

 

Selepas menghadiri seminar ESQ, beliau kini dapat mengisi hidup dengan pelbagai nilai kehidupan. Beliau merasakan kesannya secara tidak langsung, lahir dari hati dan menjadikan diri dan keluarganya merasa lebih bahagia. Dari segi kerjaya pula, masalah-masalah yang kerap timbul kini dianggap sebagai ujian yang Allah SWT berikan dalam perjalanan hidup.

Harapan beliau kepada orang di luar sana yang masih tercari-cari mana -mana program untuk pembangunan diri, program untuk belajar rahsia hidup bahagia, adalah disyorkan untuk menyertai program anjuran ESQ 165 kerana ilmu yang ditawarkan adalah sangat berguna untuk diri merasakan kehambaan pada Allah SWT.

Tambah Dr. Mohd Kegan lagi, walau sehebat mana ilmu dan perniagaan seseorang itu, ia harus mempunyai matlamat dan hala tuju hidup dan baginya ESQ menawawarkan ilmu pelengkap dalam kehidupannya.

Leave a Reply