was successfully added to your cart.

Cart

Kisah Prof. Dr. Muhaya | Bekerja Kerana Allah dan 165

Perkongsian Dari : Prof. Dr. Muhaya, Pakar Oftalmologi, Motivator.

SubhanAllah saya rasa hari ini one of the best training yang pernah saya lalui. Frankly saya pernah hadiri NLP Training tetapi bukan daripada orang yang ada syahadah.

Tahniah kepada ESQ 165 alumni dan yang baru datang. Pada saya ESQ 165 itu wajib untuk semua orang. Bukan meletakkan hukum ya tetapi maksud saya in medical term  is a “Must Have”!.

Saya nak kongsi beberapa tips ini. Ok, siapa tangan kanannya bergerak lebih daripada tangan kirinya. Banyak yang tak sedar kan? Itulah kehidupan kita. Banyak yang kita buat sesuatu tanpa sedar. Kita automatic pilot berdasarkan subconscious yang sudah di in print sebelum 7 tahun.

Ok sekarang saya beri kesedaran cuba kita nafas tengok siapa yang tahu mana yang kuat, dadanya atau perut yang kuat? Once again try 1,2,3 [bernafas] Siapa dadanya yang gerak lebih banyak? Siapa yang perutnya gerak lebih banyak? Tahniah, you got it right.

Apa yang saya tunjukkan tadi di panggil “Abdominal Breathing”. Kalau kita amalkan ini InsyaAllah, kita punya oxygenation to the brain lebih bagus and then kita punya otak bagus, jantung bagus, dan juga kita punya immune system bagus. Dan fat burning kita juga akan bagus.

So amalkan this breathing all the time dan sebenarnya sciencetifically kita akan go into alpha state. Macam Pak Ary kata. Kalau kita mahu bincang suami isteri, keluarga apa kita mesti buat? Go into alpha dulu.

Manusia ini akan ingat apabila kita melakukan pergerakan. Because there would be a memory in your muscle and joints. [letak tangan di dada, dan katakan pada diri] Ada, beri, dapat. Ada baik, beri baik, dapat baik. Dapat tak baik sebab sudah beri tak baik. Boleh beri tak baik sebab ada tak baik. Hati tidak fitrah, maka untuk memberi baik, saya harus ada baik. Saya hanya ada baik kalau hatinya fitrah. Maka wajib, pasti, mesti attend ESQ 165!.

Hati baik melahirkan fikiran baik, fikiran baik melahirkan emosi baik. Emosi baik melahirkan tindakan baik. Tindakan baik menghasilkan hasil kehidupan yang baik. Kebahagiaan, ketenangan, kesihatan, kekayaan, hati tak baik, fikiran tak baik, fikiran kusut, emosi tak baik, rasa dengki, rasa marah, rasa benci, rasa menyampah, rasa meluat, buat tak baik, buat fitnah, buat gossip, buat sombong, dapat tak baik, dapat sakit, tidak tenang, tidak damai, suami menyampah, isteri tak sayang, anak nakal, perniagaan tak maju, pembantu rumah lari. Tak mahu ini..mahu ubah

Sekarang kita melakukan proses memukul diri sendiri. Tapi bukan pukul begitu ya[sambil memukul diri betul-betul] tetapi memukul emosi dan ketawakan diri, bisa? Mari ketawakan diri sendiri, don’t take it as too seriously ok?

Baik cuba perhatikan orang yang belum attend ESQ 165. Siapa yang pertama kali attend ESQ 165 mesti pernah terkena ini ya, saya pun sama. Sekarang kita mahu lihat diri kita yang dahulu sebelum ke ESQ 165, iaitu sebelum ke fitrah. [Angkat tangan sebelah kiri*simbol untuk buang sifat negatif dalam diri] Kesedaran keegoan bukan fitrah, sifat-sifatnya adalah suka marah, suka bersaing, kalau bercakap mesti nak betul, merasakan apa yang dapat hasil titik peluh sendiri maka sangat kedekut kerana sentiasa fikir apa orang kata. Kalau bercakap mesti nak betul, ingin dihargai, ingin dipuji, ingin dihormati, ingin dikagumi, ingin dicintai, ingin naik gaji, ingin di like page nya. Sangat bergantung pada makhluk, sangat stress, banyak penyakit, suka migraine, gastrik, backpain, pening kepala, darah tinggi, macam-macam lagi..aku tak mahu ini!

[Angkat tangan sebelah kanan*simbol untuk ambil sifat positif dalam diri] Pergi ke ESQ 165, lihat Pak Ary dan Team ESQ 165 nya, maka aku transformasi diri. Ciri-cirinya kesedaran ketuhanan, hamba Allah, ubudiah pada Allah, suka kerjasama, kalau cakap tak betul tak apa yang penting silaturrahim, sangat penyayang, suka lihat kebaikan dalam orang dan suasana. Sangat pemurah, suka perbaiki diri, cari ilmu bukan berita, sangat menerima manusia seadanya. Tidak suka menghukum, sentiasa husnudzhon, sayang tanpa syarat, hormat semua orang, lemah lembut, sentiasa fikir..apa saya mahu beri, apa di buat mencari makna, setiap perkara LillahiTa’ala. Mahu ini tolong saya Ya Allah bantu kami pindah diri kami daripada yang tidak baik kepada fitrah, Ya Allah makbulkanlah doa kami semua.

Terima kasih.

Leave a Reply