Skip to main content

DEXANDRA membina visi baru mempunyaI bangunan SENDIRI seperti MENARA ESQ 165

Kami dipilih Allah… Allah, terasa connected dan penuh dengan kasih sayang. Inilah kunjungan utama kami 48 orang ahli Dexandra datang melawat MENARA ESQ 165, Jakarta.

Kami juga dipilih Allah kerana yang melayan kami sendiri pemilik bangunan , founder ESQ 165 PAK ARY GINANJAR dan salah seorang coach lahir dari MALAYSIA Coach Zie yang menjadi orang kuat ESQ 165 yang bekerja di sini.  MasyaAllah layanan luar biasa, kenapa luar biasa? Kerana Pak Ary & Coach Zie, Nia Ibu Neng, dan ibu bapak lainnya mengalu-alukan kedatangan kami. Pak Ary juga mengosongkan schedulenya sedangkan beliau sangat busy.

Siapa PAK ARY? Mungkin ada yang tertanya kenapa ena n team dexandra begitu excited hehe. Kenapa sanggup kami melawat Pak Ary dan Coach Zie di Jakarta.

Bagi saya Pak Ary adalah seorang guru yang sangat baik dan sangat rendah hati. Dapat rasa keikhlasannya. Rasa dekat seperti dia juga orang biasa biasa. Kami berguru di seminar ESQ dan 165 bermaksud 1 Tauhid , 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam. Kami fikirkan ia hanya seminar biasa kami pergi. Tapi setiap seminar Pak Ary cukup menyentuh hati. Pasti menangis dari pagi sampai petang. Kami temui siapa kami, kenapa kami dilahirkan. Kenapa dan kenapa. Yang penting belajar character diri pun nangis hahahhaha… Kadang lihat wajahnya yang redup tu dah cukup tersentuh hati. Tak tahu kenapa asyik nak nangis.

Bagi orang yang berguru pasti tahu. Ia bukan taksub. Kita menghormati seorang guru yang betul-betul menghargai anak didik nya.

Kami solat berjemaah bersama, kemudian makan bersama, aktiviti ilmu bersama satu sesi bersama Pak Ary dan satu sesi bersama Coach Zie. Mereka berikan sesi ini secara percuma. Alhamdulilah. Kata Ibu Neng dan Coach Zie, jarang Pak Ary boleh sertai kami dari pagi ke petang. Syukur kami banyak kali. RAS kami juga di aktifkan bersama-sama.

Kenangan paling indah saya, doa Pak Ary untuk semua ahli Dexandra di murahkan rezeki yang penuh dengan keberkatan. Mencurah-curah airmata. Kemudian saya dapat duduk di KERUSI KERJA PAK ARY sendiri, kata Coach Zie, saya pun belum duduk lagi. Pak Ary minta saya visuallize inilah bilik saya yang bagi saya full of equipment termasuk bilik tidor. Dan inilah kerusi saya. Ya Allah izinkan aku membina bangunan seperti menara ESQ 165 untuk ahli-ahli Dexandra keseluruhanya.

Terima kasih Coach Zie dan Ibu Nia yang menjadikan lawatan ini penuh makna. Sayang semuanya.

Pada team Dexandra yang hadir, terima kasih bersama-sama menceriakan, love u so much!

 

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1196686257065232&set=pcb.1196686320398559&type=3&theater

Leave a Reply