was successfully added to your cart.

Apakah ESQ 165 SESAT

By August 28, 2017 Sharia Compliance
Apakah esq 165 sesat

Apakah ESQ 165 SESAT??
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ 165 boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ 165.

Kontroversi berkaitan fatwa ke atas ESQ 165 mengundang keresahan alumni yang pernah menyertai latihan motivasi ESQ 165, bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia dan di kalangan umat Islam lain. Menurut Pengurus Besar ESQ 165 Malaysia, Marhaini Yusoff, ESQ 165 menerima desakan daripada para alumni yang mahukan jawapan berhubung isu ini.

Sebelum ESQ 165 hadir ke Malaysia, kebanyakkan program motivasi di Malaysia diadaptasi daripada modul Barat. Pelbagai falsafah dan pandangan Barat didedahkan dalam program motivasi tersebut. Namum, ia dapat diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat negara ini. Ia juga telah meresap dalam budaya dan pemikiran masyarakat. Ironinya, apabila sebuah program yang sarat dengan unsur Islam wujud, pelbagai pertikaian dan polemic mula dilontarkan.

Pengumuman keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis pada 14 Julai lalu meredakan ketengangan yang timbul. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ 165 boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ 165.

Pengerusi Jawatakuasa itu,Profeser Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung salam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Menurutnya, muzakarah turut memutuskan ESQ 165 perlu membuat perubahan dan memperbetulkan segala fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

“Seperti mana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluaran oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ 165 yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan,”katanya.

Abdul Shukor berkata, Panel Syariah ESQ 165 yang dilantik oleh ESQ 165 dan direstui Jakim, adalah tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang sememangnya telah lama terlibat dalam bidang keilmuaan Islam. Beliau berkata, muzakarah bersetuju membuat ketetapan bahawa Panel Syariah ESQ 165 perlu bertanggungjawab dan memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan itu perlu dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah.

Katanya, mereka terdiri daripada mantan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang jana mantan Mufti Kerajaan Negeri Johor, bekas Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul kadir Talib dan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Adnan Yusof.

“Muzakarah menghormati keilmuaan tokoh-tokoh ini dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka untuk menilai kandungan program ESQ 165,” katanya.

Menurutnya, keputusan muzakarah itu dibuat berasaskan pertimbangan ahli muzakarah yang bersetuju mengambil pendekatan berbincang, mendidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum.

“Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak eksekutif ESQ 165 dan panel syariah ESQ 165 untuk berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam,” katanya.

Di samping itu, program ESQ 165 dijalankan secara terbuka dan sesiapa sahaja boleh mengikutinya dan memberi komen. Katanya, lapan mufti yang merupakan ahli muzakarah dan beberapa orang timbalan mufti menyertai program ESQ 165 dan memaklumkan bahawa tiada unsur-unsur percanggahan terhadap prinsip-prinsip asas akidah dan syariah Islam.

Menurutnya, pertimbangan juga diambil kira daripada pandangan yang dikemukakan ulama dan Persatuan Islam Indonesia bahawa kandungan program ESQ 165 tidak mengandungi unsur-unsur bercanggah dengan syariat Islam.

“Muzakarah juga mengambil kira pertimbangan bahawa program ESQ 165 telah dilaksanakan di beberapa Negara Islam lain seperti Brunei, Arab Saudi dan Singapura.

“Seperti yang kita ketahui, negara-negara ini yang berpegang kepada mazhab masing-masing mempunyai pendekatan yang kritikal terhadap pandangan luar berkenaan agama Islam, tetapi turut membenarkan ESQ 165 dijalankan di negara mereka,” katanya.

Reaksi Alumni ESQ 165

Pelbagai reaksi dan suara positif yang dilontarkan oleh para alumni ESQ 165 dari seluruh negara. Bagi novelis, Ramlee Awang Murshid, beliau bersyukur kerana keputusan ini merupakan satu kebaikan buat semua alumni ESQ 165.

“Saya sekeluarga yang sudah mengikuti ESQ 165 tidak Nampak apa-apa yang ganjil dengan kursus ini. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada insan lain mengikuti kebaikan ESQ 165,” jelas beliau.

Bagi Eksekutif Komunikasi, Atiqah Yaakob, ESQ 165 perlu diteruskan setelah diputuskan tidak menyeleweng.

“Sebagai salah seorang alumni yang pernah mengikutinya, saya tidak Nampak ia bercanggah. Bagaimanapun, jangan taasub dengan individu tertentu kerana yang baik datang daripada Allah SWT dan yang tidak itu dating daripada diri kita sendiri,” ujarnya.

Begitu juga bagi alumni ESQ 165, Ziela Jalil. “Alhamdulillah, saya gembira apabila Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan kursus ini boleh diteruskan, kerana banyak manfaat yang boleh kita yang boleh kita dalam melalui kursus tersebut,” ujar penerbit filem dan drama ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir juga melahirkan kelegaan dengan pengumuman status latihan motivasi ESQ 165 oleh Pengerusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang ketetapan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sewajarnya diumumkan segera bagi mengelak kekeliruan.

“Di peringkat negeri, saya mencadangkan ia berpendirian sejajar dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut. Saya melihat tidak timbul masalah dengan kursus motivasi ESQ 165 kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, juga membenarkan pelaksanaannya di negeri itu,” kata Mukhriz yang pernah mengikuti kursus motivasi ESQ 165.

Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Amnah Bahari menyuarakan pandangan yang serupa.

Menurutnya sebelum sesuatu keputusan dilakukan pihak berkaitan hendaklah menghormati keputusan dan suara syura, kerana selain dituntut agama, hal itu sebagai menghormati proses demokrasi dalam negara.

“Mana boleh seorang sahaja yang melarang, sedangkan sebahagian besar mengatakan sebaliknya,” katanya.

Amnah berkata, sepanjang beliau mengikuti program ini, beliau langsung tidak nampak perkara yang dituduhkan salah dan terpesong dari akidah Islam.

 

Info apakah ESQ 165 Sesat

Asas Pertimbangan Muzakarah

KEPUTUSAN Muzarah ini juga dibuat berasaskan pertimbangan-pertimbangan berikut;

  1. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ahli-ahli muzakarah bersetuju mengambil pendekatan berbincang, memdidik dan memperbetulkan apa jua keraguan yang ditimbulkan daripada terus menghukum.
  2. Sikap keterbukaan dan kesediaan pihak ESQ 165 dan Panel Syariah ESQ 165 berbincang dan menerima teguran serta pembetulan terhadap apa jua yang difikirkan boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.
  3. Program ESQ 165 dijalankan secara terbuka dan sesiapa jua boleh mengikuti dan memberi komen.
  4. Lapan mufti yang merupakan ahli muzakarah dan beberapa timbalan mufti telah menyertai kursus ESQ 165 dan telah memaklumkan bahawa tiada unsur-unsur percanggahan terhadap prinsip-prinsip asas akidah dan Syariat Islam.
  5. Panel Syariah yang dilantik pihak ESQ 165 yang terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abd Rahman; Penasihat Majlis Agama Johor, Datuk Noh Gadut; bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim; bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Kadir Talib dan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Adnan Yusof merupakan tokoh-tokoh agama dan ahli akademik yang sememangnya telah berkecimpung dalam bidang keilmuan Islam.
  6. Pandangan-pandangan yang dikemukakan para ulama dan persatuan Islam Indonesia seperti Nahdatul Ulama, Majlis Indonesia, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Persatuan Muhammadiah, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia bahawa kandungan program ESQ 165 tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan Syariat Islam.
  7. Program ESQ 165 juga telah dilaksanakan di beberapa negara Islam lain seperti Brunei, Arab Saudi dan Singapura. Tokoh-tokoh agama, ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik dan pelbagai peringkat ahli profesional, artis, pelajar dan sebagainya telah mengikuti program ESQ 165. Ia telah membantu peserta membina peribadi yang lebih baik dan cermerlang.

 

 

Rujukan

Ahmad, Y. (2010, August). Lampu hijau untuk ESQ. Majalah i, 14-15

Leave a Reply