Skip to main content

Kisah Sharifah Mordia Wan | Lebih Hargai Orang Disekeliling, Sebelum Ini Kurang Beri Perhatian

By August 23, 2017August 28th, 2017Kehidupan, Kisah Inspirasi, Wanita

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Sharifah Mordia Wan Abdul Rahman. Saya berasal dari Kuching Sarawak dan bekerja di Universiti Tenaga Nasional di bahagian kemasukan pelajar. Pada permulaanya saya  dan keluarga menyertai program tahap satu dan kemudiannya menyertai program MCB, SC dan “Total Action” pada tahun 2010 dan 2011. Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, agak sukar untuk saya menguruskan kehidupan seharian saya lebih-lebih dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami dan seorang ibu kepada anak-anak saya. Selepas menyertai program-program yang telah dianjurkan oleh ESQ 165 ini, banyak ilmu yang saya perolehi terutamanya berkaitan dengan hidup kita ini adalah untuk Allah.

Setiap perkara yang kita lakukan didalam kehidupan seharian kita ini, sepatutnya tidak asing dan tidak jauh dengan niat kerana Allah. Didalam menjalani kehidupan kita didunia ini dengan dibebani dengan pelbagai cabaran pasti akan mudah untuk goyang atau goncang apabila kita diberi tekanan. Jadi, Alhamdulillah, ESQ mengajar saya untuk jadi lebih tenang dalam menguruskan kehidupan sama ada berkaitan kerjaya ataupun keluarga kerana apa sahaja yang kita lakukan itu adalah merupakan amal ibadah kita kepada Allah dan bukannya bebanan.

Didalam dunia moden ini, memang sukar untuk kita mengawal dan mengawasi kehidupan anak-anak kita terutamanya yang dalam kalangan remaja kerana dunia mereka dikawal oleh pelbagai perkembangan teknologi dimana mereka mempunyai “gadget” dan sebagainya. Tetapi, walaupun begitu, selepas menjalani program ESQ ini, mereka merasakan bahawa mereka boleh menjaga diri mereka sendiri tanpa pemantuan daripada ibubapa. Ini kerana mereka yakin bahawa malaikat itu sentiasa mencatat apa sahaja yang mereka lakukan dan Allah sentiasa nampak apa yang mereka kerjakan. Jadi saya rasa sangat tenang apabila perubahan itu berlaku pada anak-anak saya yang berumur dalam tujuh belas ke dua puluh tahun. Alhamdulillah.

Perkara yang dipelajari di program-program ESQ ini sangat banyak kerana ianya sangat menyeluruh. Ia merangkumi kehidupan kita dari segi keimanan dan cara hidup yang sepatutnya kita amalkan. Bagi saya, sebelum ini rasanya di universiti-universiti, kita tidak dapat bekalan sebegitu rupa seperti cara ESQ. ESQ 165 ini mengamalkan elemen-elemen penting iaitu Emosi, Spititual dan Quotient. Itulah yang membentuk ESQ. Selain itu, saya rasakan “game-game” yang dipraktikkan ESQ juga sangat berkesan sebenarnya. Menghadiri program MCB dan SC ini, membuatkan saya lebih menghargai orang disekeliling saya yang sebelum ini saya kurang memberikan perhatian sedangkan mereka ini adalah yang telah Allah beri kepada saya untuk hidup bersama saya dan bekerja bersama-sama saya.

Kepada ibubapa terutamanya sudah semestinya kita ingin menjadi ibu bapa terbaik dan ingin membekalkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita bekalkan ilmu Al-Quran dengan menghantar anak mengaji dan ilmu akademik dengan menghantar anak ke tuisyen. Tetapi, kadang-kadang kita tidak mampu memberikan kepada anak-anak kita sebagaimana cara yang ESQ gunakan untuk menerapkan perkara positif dalam diri anak-anak kita. Jadi saya sarankan semua ibu bapa diluar sana cubalah untuk mengenali ESQ.  Anda perlu merasai sendiri pengalaman ini untuk memahami ESQ dengan mantap.– Sharifah Mordia Wan Abdul Rahman,bahagian kemasukan pelajar

Leave a Reply