Skip to main content

Kisah Roslina Hashim | Dulu Anak Tegur Melenting, Kini Boleh Terima Dengan Terbuka

By August 23, 2017August 28th, 2017Kehidupan, Kisah Inspirasi, Wanita

Assalammualaikum W.B.T, nama saya Roslina binti Hashim. Saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa dan saya mempunyai 5 orang anak. Saya menyertai ESQ 165 Malaysia bermula  pada tahun 2008 bulan april iaitu angkatan 17.Pada hari ini saya ingin kongsikan mengenai seminar “Parenting” yang mengajar kita untuk menjadi ibu bapa terbaik pada anak-anak kita.

Saya menyertai seminar “Parenting” yang sarat dengan tips keibubapaan pada 2010 iaitu pada 10/10/2010 yang diberi nama Angkatan Perdana. Perkara menarik yang boleh saya kongsikan tentang seminar “Parenting” ialah seminar ini mengajar kita untuk menjadi ibu bapa terbaik. Sejujurnya, saya ini bukan seorang yang bijak. Jadi, saya pernah berkata dalam hati, “Mungkin anak saya seperti saya, tidak berilmu, mungkin Bodoh”. Jadi, apabila saya menyertai program”Parenting”, Ianya membuka minda saya dan saya percaya bahawa anak saya bukannya bodoh dan anak saya Allah jadikan seorang hamba yang bijak.

Selain itu,saya juga mahu kongsikan bahawa saya bukan seorang ibu yang sabar, saya bengis dan pemarah, tetapi setelah mengikuti program ini, program ini mendidik saya menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak saya. Alhamdullilah,sejak 2010 sehingga ke hari ini, banyak perubahan yang dapat dilihat dalam diri saya sendiri. Pada ketika itu, anak saya yang sulung masih sekolah menengah, dan sekarang beliau sedang membuat pHD beliau pada umur 25 tahun.

Selepas itu, anak yang kedua baru menamatkan pelajaran di Jordan, anak yang ketiga baru masuk semester kedua di Universiti Malaya dan anak yang keempat baru masuk sem kedua, diploma diUiTM dan berjaya mendapat anugerah dekan, dua kali berturut-turut. Alhamdullilah. Hanya tinggal seorang sahaja yang sekarang berumur 11 tahun.

Saya dan anak saya merupakan kawan yang sangat rapat. Walau apa keadaan bersama anak-anak, banyak yang saya pelajari daripada mereka. Jika dulu anak menegur saya, saya menjadi marah. Tetapi, sekarang tidak lagi, saya boleh menerima teguran mereka dengan hati terbuka. Saya ingin menyatakan disini bahawa, walau apa jua program atau seminar yang ESQ 165 Malaysia anjurkan, saya akan cuba sehabis baik untuk hadiri.

Saya menyertai seminar yang dianjurkan ESQ 165 Malaysia daripada level 1 sehingga ke “Total Action”. Seminar “Parenting” yang bagi saya merupakan seminar wajib hadir juga telah saya ikuti sehingga habis. Alhamdullilah, sejujurnya seminar – seminar ini memang banyak mendidik jiwa saya. Seminar yang terbaru saya hadiri pada bulan februari tahun ini ialah, seminar “Quantum Excellance” iaitu satu program untuk kaya dan bahagia.

Memang kita sebenarnya perlu jiwa yang hidup, ESQ Training merupakan platform penting untuk semua orang diluar sana. Ini kerana, ramai orang diluar sana termasuk rakan-rakan saya sendiri yang jiwanya kosong. Sanggup marah anak di depan orang ramai dan juga tengking suami. Kita perlukan sesuatu tetapi kita tidak mahu mencari sesuatu itu. Tetapi, Alhamdullilah saya tetap cari dan terus mencari, sehingga suatu hari nanti saya dipanggil menhadap Ilahi. Bagi individu diluar sana hadiri lah seminar-seminar yang dianjurkan oleh ESQ Malaysia kerana Islam ini menuntut bahagia.

ESQ Training mempunyai rahsia hidup bahagia yang ingin mereka kongsikan bersama kita semua. Walaupun sudah banyak latihan ESQ yang saya ikuti, tetapi saya tetap di uji Allah dan saya minta Allah menjadikan saya seorang yang sabar. Perjuangan saya didalam FB adalah dakwah, dan seringkali dakwah saya itu disalah tafsir, tetapi saya tetap sabar kerana saya percaya mesej saya sampai kepada orang diluar sana.

Akhir sekali, saya sarankan pada semua diluar sana untuk menyertai seminar-seminar anjuran ESQ Malaysia kerana melalui program ini, banyak ilmu yang boleh kita perolehi. Alhamdullilah. – Roslina binti Hashim, suri rumah tangga

Leave a Reply