Skip to main content

Kisah Nurlida | Ada Kisah Silam? Sukar Maafkan Orang Lain

By August 23, 2017August 28th, 2017Kisah Inspirasi

Puan Nurlida Binti Abu Hassan merupakan seorang pengusahakan perniagaan makanan. Beliau mengikuti program ESQ 165 Malaysia bermula pada tahun 2007. Beliau menghadiri seminar iaitu Angkatan Keenam Kuala Lumpur MCB pada tahun 2008, AC SQUARE pada tahun 2010/ 2011, Total Action pada tahun 2012 dan serta ada lagi penambahan seminar seperti parenting QX dan Women Heart Journey yang turut beliau sertai.

Beliau berpendapat Seminar Women Heart Journey ini ialah perjalanan hati wanita dimana perlu seseorang wanita yang kursusnya seorang ibu, isteri dan semua wanita, menyertai Women Heart Journey ini kerana seminar ini telah megubah cara pemikiran beliau. Women heart Journey yang beliau hadiri pada bulan 4 2017 iaitu yang kedua Women Heart Journey di Malaysia.

Women Heart Journey ini telah memberi memberi impak yang begitu baik sekali pada beliau dengan kesannya telah mengubah cara pemikiran beliau, cara beliau bertindak sebagaimana seorang isteri dan seorang ibu dimana kisah silam beliau tidak di bawa ke masa hadapan. Beliau merasakan kisah silam beliau perlu di tinggalkan, beliau perlu membuang dan perlu masukkan perkara baru dalam hidup beliau. Beliau perlu positif, untuk melakukan prosess pembuang sifat-sifat negatif seperti contoh mudah memandang rendah pada orang lain dan sukar untuk maafkan orang lain.

Selepas beliau membuang perkara yang lepas yang berlaku mahupun yang berlaku semasa beliau muda dulu, Alhamdulillah sekarang ini beliau dapat merasakan hidup dengan tenang. Beliau telah berjaya melupakan. Kalau tidak perkara-perkara yang berlaku pada beliau ini sukar beliau hendak lupakan.

Bagaimana membuang perkara itu, dalam Women Heart Journey ia mengajar kita belajar proses membuang dan memasang perkara baru dalam kehidupan. Akhir sekali, beliau meyeru para wanita diluar sana sertailah seminar Women Heart Journey, dimana anda akan merasakan lebih positif dan mampu untuk meninggalkan kisah silam.

Leave a Reply